Assalamualaikum semua..untuk renungan bersama..
Hidup umpama roda,
Kadang di atas, kadang di bawah,
Kadang suka,
Kadang duka,
Lumrah hidup makhluk atas muka bumi tidak boleh lari dari fitrah dunia,
Kadang kita rasa kita lah yang baik,
Sehingga kita lupa untuk bersyukur,
Lalu Allah timpakan kita dengan pelbagai dugaan,
Masa itu baru kita terhegeh-hegeh mencari sang pencipta,
Hakikatnya, manusia sentiasa lupa dan alpa,
Bukan tidak mahu berubah,
Bukan tidak mahu bersyukur,
Namun nikmat dunia membuatkan kita buta,
Ya Allah, kau murahkan la rezeki aku,
Kau sihatkan la tubuh badan aku,
Kau jadikan la aku orang berjaya,
Tiap hari kita meminta dengan Allah,
Hendak itu dan ini,
Mengaku sebagai hamba Allah,
Tetapi tidak tunaikan hak Allah,
Kita buat-buat lupa hutang kita dengan Allah,
Layakkah kita ke syurga Allah dan mendapat khusnul khatimah?
Wallahu'alam
No comments:
Post a Comment