Tuesday, 9 February 2016

Sambal Ikan Bilis Bersama Ubi Kentang

SAMBAL BILIS BERSAMA UBI KENTANG

Assalamualaikum semua :-)
Arini mood ada rajin skit, so ada je idea nk mkn ape..hehe. Disebabkan lama dah nk mkn sambal bilis dengan kentang, arini jugak buat. Bukan selalu boleh cuti and masak.

BAHAN- BAHAN

1. 4 hingga 5 biji kentang dipotong wedges.
2. Segenggam ikan bilis
3. Cili kering 
4. 4 ke 5 ulas bawang merah
5. 2 ulas bawang putih
6. Sedikit halia
7. 1/4 cawan air asam jawa
8. Minyak untuk menumis
9. Sedikit gula dan garam

CARA- CARA

1. Kupas kulit ubi kentang dan potong secara wedges.
2. Ikan bilis dibersihkan
3. Kemudian kedua- dua ubi kentang dan ikan bilis digoreng sehingga garing.
Pastikan ubi kentang digoreng sehingga masak dan jangan sampai hangit ya.
4. Ketepikan ikan bilis dan ubi kentang yang siap digoreng, sementara itu kisar bawang merah, bawang putih dan halia serta cili kering.
5. Panaskan minyak untuk menumis, masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam minyak yang telah panas dan masak sehingga pecah minyak.
6. Selepas itu boleh la masukkan air asam jawa, sedikit gula dan garam.
7. Bila bahan tumisan dah masak dan sedikit kering, masukkan ikan bilis dan ubi kentang yang telah digoreng kedalam bahan tumisan.
8. Gaul sehingga rata dan siap untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba :-)












No comments:

Post a Comment